Posts

Showing posts from 2014

Jenis-Jenis Fabrik untuk Persandingan @ Pernikahan Versi 2

Image
Assalamualaikum. Wani melihatkan terdapat satu post wani yang sangat suka dibaca bloggers. Jadi, hari ni, wani akan menambah perisa post tu untuk kengkawan keh.. ;) Pada masa sekarang terdapat banyak jenis kain atau fabrik yang sesuai untuk dijadikan baju nikah atau baju sanding. Sepanjang wani menjahit baju nikah dan sanding, terdapat beberapa jenis fabrik baru dalam pasaran. Chiffon fabrik yang sentiasa menjadi idaman pengantin adalah fabrik chiffon kerana ia lembut, flowy dan jenis kain yang jatuh. Untuk kain chiffon ini sesuai digayakan dengan dress dan peplum fishtail. tapi awas...perlu juga dilihat sama ada bentuk badan sesuai atau tidak untuk mengenakan fabrik ini. Crepe Fabrik ini bersifat jatuh juga. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan baju melayu lelaki. Tetapi, fabric crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti satin crepe, poly crepe. Jadi kena hati-hati semasa memilih fabrik ini. Dutchess Fabric dutchess ini t

Throwback - aku, dia dan .....

Image
Assalamualaikum... Hampir setahun tak update blog. Walaupun macam tu..sambutan blog ni masih menggalakkan. Alhamdulillah..post-post yang ada berguna untuk pembaca. arissa day 2 Setahun tak update blog ni bukan nye ape...tak sempat..sibuk..sibuk kt ofis..sibuk menjahit. Kat ofis jgn kan kate nak bukak belog..nak bukak berita harian pun tak dan wei...start aje pregnant...start itu la busynye...ngan letih tak larat..so balik menjahit kejap..pastu tido tenganga..hehehhe.. Back to story...hampir tempoh setahun ni...wani preggy...wani bersalin..berpantang... Subhanallah..dugaannya..hanya Allah je yang tahu...sebab wani tak nak terlalu meluahkan ape yang jadi..sebab tu la wani mendiamkan diri untuk cari ketenangan dan lebih banyak kongsikan ngan encik B je dirumah. Memang encik B sangat penyabar dan pendengar yang setia. Hari-hari layan kerenah wani..kejap sakit..kejap x larat..kejap nak bejalan-jalan..ikut nafsu aje...rasa nk buat...buat...rasa nak pegi..pegi...tapi hakikatn

Tempahan Baju Sanding - Fiza Greenwood

Image
Assalamualaikum.. Seperti yang wani janjikan..wani nak pamerkan baju yang last wani buat untuk persandingan sorang customer ni...mmg rare...sebab? wani jahit manik baju ni kat hospital masa warded sehingga bersalin... ni lah baju nya..kurung moden...kain kembang payung... jahitan manik pada baju di bahagian belakang letak butang bungkus. susah jugak nak buat butang ni..brapa kali bukak dan jahit semula... bahagian bahu bahagian tangan terima kasih kepada fiza sudi kongsikan gambar hari berseri beliau...tq sgt2 sbb percaya dengan wani. ;)

I am back.....!

Image
Assalamualaikum. Rasannya macam hampir setahun tak update blog....lama kan? alhamdulillah..walaupun blog ni dah banyak sawang-sawang ngan habuk-habuk bekepuk..tapi masih ramai yang membaca tips-tips yang ada. Terima kasih kerana sudi membaca coretan wani yang tak seberapa... Actually...nak bagitau..kehilangan dan kesenyapan wani ni sebab...wani pregnant..bersalin dan sekarang baby dah 4 bulan lebih..walau macamana pun..wani masih dalam tempoh menyesuaikan diri dengan kehadiran anak...sory sgt2..tak ada update langsung pasal ni...situasi ni sungguh baru bagi wani..di tambah pulak wani berpindah ke rumah baru dalam masa yang sama.. rezeki datang bergolek org kata..beli rumah..dapat baby serentak..untuk manage kedua-dua ini, wani perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Step by step hidup wani dan En B berubah ke arah yang lebih baik. Doakan kami yang terbaik insyaallah..dan berjaya didik anak kami sebaiknya... Arissa Qaisara. Ada orang cakap muka ibu..ade orang cakap muka wal

Tempahan Baju Nikah @ Sanding di Tutup Sementara

Assalamualaikum.. Dear Customers, Terima kasih kerana berminat dengan hasil Hazy Couture. Sambutan amat menggalakkan dari uols...wani pun hepi..suka..n teruja kerana begitu byk berminat untuk membuat tempahan.  Wani nak maklumkan wani akan tutup tempahan untuk Bulan Febuari 2014 dan ke atas. Wani terpaksa memberhentikan operasi jahit menjahit buat sementara waktu atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...so tempahan baju pengantin @ baju nikah tidak akan diterima mulai hari ini sehingga diberitahu kelak..harap maaf yer :-) Tempahan yang sedia ada wani akan buat seperti biasa dan tempahan yang telah dibuat wani akan siapkan seperti yang dijanjikan. Maaf sesangat..wani terpaksa menutup tempahdan wani akan buka tempahan seperti biasa nanti. Wani akan post semula jika tempahan sudah dibuka.  TQ.