Posts

Showing posts from May, 2013

6 Bulan 7 Hari

Image
Assalamualaikum.... Dah lama  tak meluahkan isi hati kat sini..Rindu pulak terasa...dah lama tak membebel.. Setelah pulih kejap dari sakit yang agak lama..Recover dari kemurungan sebab terlampau sedih tentang kejadian tangan yang sakit tu..hari ni baru ada mood untuk mengarang sesuatu kat sini..Ok la kot..cukup-cukup la bersedih..tak ada apa yang boleh dikesalkan..Allah sedang menguji.. :) Actually tadi baru terperasan..nampak Daisypath hari ni.... rupa-rupanya...dah....6 bulan 7 hari kahwin..hehe..pejam celik..pejam celik..dah setengah tahun..isk..dah lama jugak..serius...tak sedar langsung...banyak yang berlaku dalam masa 6 bulan ni... Ofis Life Sekarang dah dapat parking kat ofis..dah boleh drive hari-hari..takde la wani semput lagi nak memanjat tangga LRT. Plus....lepas ni akan pindah ke rumah yang lebih selesa area Rawang. Kata orang drive sendiri lagi penat..tapi bukan wani la..sebab wani suka driving..jadi..mende ni tak da masalah.. So..semua ni future pla

Pakej Fotografi Pertunangan

Image
Assalamualaikum.. Hai dear2..... Gurls..hari ni wani nak share tentang pakej fotografi di hari pertunangan. Mungkin ada blogger kat sini yang perlukan pakej ni..Pada Bride to Be yang akan bertunang tak lama lagi...wani cadangkan korang ambik promosi ni.  Pakej Pertunangan Actually, yang buat pakej ni hubby wani. Dia dalam usaha untuk mengembangkan sayapnya dalam bidang fotografi. Sebab before ni banyak shoot event sukan je.. So sape2 yang berminat boleh contact My hubby macam details kat bawah keh... Facebook : www.facebook.com/adibistari Email : bistari85@gmail.com

Jenis-Jenis Fabrik untuk Persandingan @ Pernikahan

Image
Setiap wanita mempunyai impian untuk bersanding di atas pelamin dengan memakai baju pengantin yang cantik bak seorang puteri raja. Pasti anda tercari-cari fabrik yang sesuai untuk majlis akad nikah yang bakal berlangsung dan tentunya semua orang ada impian memakai baju akad nikah yang cantik dan vouge sebagai kenangankan? Ini kerana kenangan menjadi ratu sehari akan dikenang seumur hidup. Sudah menjadi satu kemestian kepada bakal pengantin untuk mengenakan pakaian atau busana pengantin agar lebih menyerlah di hari bahagia nanti, kerana ketika itu pasti anda akan menjadi tumpuan dan perhatian. Sebenarnya bukan semua fabrik sesuai dengan tubuh seseorang jadi anda perlu berhati-hatilah dalam memilih jenis kain. Pilihan fabrik memainkan peranan penting kerana walaupun di dalam potongan sederhana, persalinan tetap akan kelihatan mempesonakan. Kain atau fabrik yang sesuai untuk majlis akad nikah ialah fabrik sifon(chiffon). Sifon juga antara jenis fabrik yang paling digemari masa kini mun