Jenis-Jenis Fabrik untuk Persandingan @ Pernikahan


Setiap wanita mempunyai impian untuk bersanding di atas pelamin dengan memakai baju pengantin yang cantik bak seorang puteri raja. Pasti anda tercari-cari fabrik yang sesuai untuk majlis akad nikah yang bakal berlangsung dan tentunya semua orang ada impian memakai baju akad nikah yang cantik dan vouge sebagai kenangankan? Ini kerana kenangan menjadi ratu sehari akan dikenang seumur hidup. Sudah menjadi satu kemestian kepada bakal pengantin untuk mengenakan pakaian atau busana pengantin agar lebih menyerlah di hari bahagia nanti, kerana ketika itu pasti anda akan menjadi tumpuan dan perhatian.

Sebenarnya bukan semua fabrik sesuai dengan tubuh seseorang jadi anda perlu berhati-hatilah dalam memilih jenis kain. Pilihan fabrik memainkan peranan penting kerana walaupun di dalam potongan sederhana, persalinan tetap akan kelihatan mempesonakan. Kain atau fabrik yang sesuai untuk majlis akad nikah ialah fabrik sifon(chiffon). Sifon juga antara jenis fabrik yang paling digemari masa kini mungkin kerana strukturnya yang lembut dan sejuk di pakai.

Disarankan supaya anda menggunakan fabrik sifon polos kerana cirinya yang ringan dan beralun tampak cantik apabila dipotong mengikut susuk tubuh. Sebenarnya fabrik sifon amat sesuai sekali dengan pelbagai fesyen baju pengantin. Fabrik sifon sering dibuat baju kebaya pendek dan baju kurung moden.


Fabrik sifon terdapat dalam pelbagai corak dan warna, biasanya digabungkan bersama satin sebagai pelapik. Fabrik sifon ini amat ringan dan sensitif, ia memerlukan penjagaan yang baik dan teliti. Di cuci hanya dengan cucian kering. Fabrik sifon ini menampilkan kelembutan pada si pemakai oleh kerana itu ia sering digunakan untuk majlis akad nikah. Jom kita tengok pelbagai gaya artis sewaktu bernikah dan menaiki jinjang pelamin.

Jika anda memilih kain sifon yang lembut bolehlah menggunakan pelapik yang bewarna terang menampakkan lebih garang dan jika mahu tampil dengan warna senada dan lembut pilihlah pelapik yang sama warnanya. Pilihan sifon georgette akan menampakkan ia jatuh (flow) apabila digayakan baju pengantin. Baju pengantin anda akan lebih terserlah dengan taburan manik dan sequin. Sebagai panduan untuk anda, mainan tona lembut seperti biru firus, merah jambu dan kuning cair menjadi warna paling hangat pada musim ini. Penjagaan bagi mengelakkan kain jenis sifon ini cepat rosak sebaiknya ia hendakah di letakkan kedalam sarung pakian dan di gantung.





Fabrik sifon terdapat dalam pelbagai corak dan warna, biasanya digabungkan bersama satin sebagai pelapik. Fabrik sifon ini amat ringan dan sensitif, ia memerlukan penjagaan yang baik dan teliti. Di cuci hanya dengan cucian kering. Fabrik sifon ini menampilkan kelembutan pada si pemakai oleh kerana itu ia sering digunakan untuk majlis akad nikah. Jom kita tengok pelbagai gaya artis sewaktu bernikah dan menaiki jinjang pelamin.


Kenali jenis-jenis fabrik yang sesuai untuk persalinan perkahwinan :

RENDA
-Kesan romantik dan feminin akan terserlah dengan kesan dominan renda. Renda juga terdiri daripada jenis contohnya renda Chantily yang halus & boleh melapisi bahan kaku. Lyon yang mempunyai nuasa 'border', Alencon yang mempunyai nuansa bungaan dan renda Vanesia yang umpama jaring dan mempunyai border.

BROKED
-Bahan sulaman yang timbul umpama gelombang. Jika ingin dilihat mewah, pilih warna emas. Sulaman broked Cina lagi bagus coz ia lebih 'detail' and kompleks.

SATIN INDIA/SHANTUNG/SATIN THAI
-Fabrik ini ditenun dari 2 kepompong. Permukaan kain tak rata tapi fabrik ini halus dan elegan. Fabrik ini tak melambai tapi lebih ringan dari satin Duchesse. Sangat sesuai untuk gaun kembang.

TULE
-Cirinya ringan dan berjaring halus. Biasanya digunakan sebagai skirt di bahagian dalam gaun. Namun boleh juga digunakan di bahagian luar gaun.

SATIN
-Dibuat dari kapas atau sutera. Sangat lembut dan licin apabila dipegang. Untuk kesan elegan, satin Duchesse adalah pilihan tepat. Satin sintetik pula berat dan hanya sesuai untuk pakaian dalam.

TAFET
-Pilihan terbaik untuk gaun. Halus, berkilat, berbunyi gemersik namun tatap selesa apabila dikenakan.

DEVORE
-Fabrik ini lembut dan memiliki pola khusus. Mempunyai rekaan unik dan tidak sesuai untuk semua golongan pemakai. Kalau kena dengan rekaan, gaun akan nampak lain dari kebiasaan.

credited from : Jahitan Fiza




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Fabrik untuk Persandingan @ Pernikahan Versi 2

Rasa Kecewa Tu Di Sini...