Jenis-Jenis Fabrik untuk Persandingan @ Pernikahan Versi 2

Assalamualaikum.

Wani melihatkan terdapat satu post wani yang sangat suka dibaca bloggers. Jadi, hari ni, wani akan menambah perisa post tu untuk kengkawan keh.. ;)
Pada masa sekarang terdapat banyak jenis kain atau fabrik yang sesuai untuk dijadikan baju nikah atau baju sanding. Sepanjang wani menjahit baju nikah dan sanding, terdapat beberapa jenis fabrik baru dalam pasaran.

Chiffon
fabrik yang sentiasa menjadi idaman pengantin adalah fabrik chiffon kerana ia lembut, flowy dan jenis kain yang jatuh. Untuk kain chiffon ini sesuai digayakan dengan dress dan peplum fishtail. tapi awas...perlu juga dilihat sama ada bentuk badan sesuai atau tidak untuk mengenakan fabrik ini.

http://www.kedaikainonline.com/2014/05/heavy-plain-chiffon-bidang-60.html

Crepe
Fabrik ini bersifat jatuh juga. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan baju melayu lelaki. Tetapi, fabric crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti satin crepe, poly crepe. Jadi kena hati-hati semasa memilih fabrik ini.

Dutchess
Fabric dutchess ini terdapat 2 jenis. Satin Dutchess atau Bridal Dutchess. Satin Dutchess sedikit lembut. Jika dipegang agak tebal tetapi masih lembut berbanding dengan bridal dutchess. Jenis fabric dutchess biasanya dibuat gown labuh dan memerlukan bentuk patern baju yang 'stay'. Fabrik ini agak panas dan kurang selesa, tetapi memberi kesan yang menarik pada patern yang digayakan. Pilih keselesaan atau kecantikan? Anda yang pilih.. :)



Satin
Fabrik satin ini menjadi kebiasaan bakal pengantin. Tidak terlalu panas dan berkilat. Juga sesuai untuk bajet pengantin yang rendah tetapi masih menjadi pilihan kerana nampak mewah dan bergaya bergantung pada warna yang dipilih.


LaceUntuk lace, wani cadangkan, untuk bakal-bakal pengantin pergi ke kedai Osman Exclusive di Jalan Tar. Bersebelahan Euro Moda. Sebab apa? kebanyakan lace yang dijual memang menambat hati wani dan kebanyakan customer yang wani jahitkan baju, boleh dikatakan semua beli kain di sini. Sebab nya..banyak pilihan..updated..cantik..dan ada juga untuk yang under bajet. Lace nya juga boleh dibeli sehingga serendah 1/2meter. Tetapi untuk lace sahaja la..kalau fabric lain di cadangkan ke kedai lain, berpadanan dengan warna yang dipilih.



So, moga informasi ini bermanfaat untuk bakal-bakal pengantin. ;) Wassalam




Comments

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. saya ada jual lace murah sila ke instagram saya @villalace

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. href="https://istanbulolala.biz/">https://istanbulolala.biz/
    JEL2TL

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Fabrik untuk Persandingan @ Pernikahan

Rasa Kecewa Tu Di Sini...