Terima Tempahan
Assalamualaikum.. Minggu lepas, akak ofis ni mintak tlong jahitkan baju dia. Mula- mulanya ingin menolak je permintaan akak ni kerana kurang yakin dengan kebolehan sendiri :p.. tapi selepas dipujuk dan cuba diyakinkan kak lyd dan kak eda aku mungkin dpt buat baju ni..akhirnya aku trima..Mungkin ini satu pengalaman yang berharga dalam pembikinan baju..kan.. So..aku pun bertungkus lumus la buat. Dek kerna kedai untuk menjahit tepi tutup..aku pun terpaksa la menangguh 2 hari sampai la kedai tu bukak. Dalam hati aku "abis laa..baju ni x sempat siap ke pe.." Tapi kedai tu bukak la pada hari isnin..celapak la aku gi jahit kt kedai aunty cina kt Plaza Idaman, dekat-dekat area Danau Kota sana. Itu jer yang paling dekat yang aku leh pegi jahit tepi. Nak beli mesin jahit tepi masih tak mampu. So, tepaksa la penat sket pegi kedai. Cuma ada kelemahan-kelemahan pegi jahit kt kedai ni : Tukang jahit tu kalau sengal2..suka hati die je die nak jahit..ade curve ke..x...