Posts

Showing posts from 2013

Jom tuka2 link dear sekeliann!!! :P

Assalamualaikum..

wani tak penah bukak post untuk exchange link..i hope i can share much experience journey to sew my wedding outfits..the preps and what so ever...

www.hazyisle.blogspot.com 

drop la u all punya blog link ok..

Sekian.. Muah!


Tempahan baju Tunang Eja

Image
Assalamualaikum....

Ni pulak tempahan dari Eja. Actually wani kenal Eja masa mula-mula datang gathering kelab VIVAC. But then, kami terputus hubungan..but then kami masih rapat.... Ape pun..selamat bertunang Eja. :)

Untuk eja..wani buatkan baju kurung moden berasingan dengan kain dan juga veil. Veil tu cuma setakat bawah sikit paras bahu sahaja. Ala-ala Rozita Che Wan tu...tapi rozita che wan suka ikat macam pakai skarf...Kain pulak wani buat kain kembang bawah beralun sikit menggunakan fabric Chiffon di luar.


Baju 


 Bahagian tangan wani buatkan cuff dan letak lace


Bahagian veil 

Manik di bahagian lace baju


Tempahan Baju Nikah + Sanding - Amy

Image
Assalamualaikum....
Kat sini wani nak update the latest baju nikah dan sanding oleh Amy. Baju dan kain adalah berasingan. Kain untuk nikah adalah menggunakan kain Satin. Manakalah kain untuk sanding wani buatkan kain patern beralun menggunakan fabric chiffon. Veil juga wani buatkan untuk Amy. TQ amy sebab gunakan perkhidmatan Hazy Couture.. :)
Veil

 Baju

Kain

Pictures credited to Amy. TQ dear!

Tempahan Baju Sanding - Izan

Image
Salam..

Ini tempahan dari Izan. Izan request untuk buat gown menggunakan prada lace.






Tempahan Baju Nikah - Qusiah

Image
Salam...

Wani dah siapkan baju nikah untuk ex roomate wani ni...hopefully dia berpuas hati dengan hasil baju ni.. :)









Memilih Patern Yang Sesuai Untuk Majlis Nikah / Sanding

Image
Assalamualaikum..


Sekarang dah mula musim orang busy-busy nak kawen..nak tunang..nak nikah..nak..dan nak...hehe..ape pun..tahniah dengan bakal hubungan yang akan dibina tak lama lagi.. Semoga hubungan berkekalan hendaknya. Amin...

Wani sebagai designer dan pembuat pakaian sangatlah nak melihat kegembiraan di mata customer..puas hati dan happy untuk gayakan pakaian tu..happy pada mata customer..happy lah wani..sangat suka bila tgk customer pun excited nak pakai baju-baju design wani tau!

Dalam memillih patern..ape pun..warna pilihan dan tema tu sangat lah penting..apa la warna baju tu..apa warna pelamin..warna tema majlis...parents pakai warna apa...at least tak lah terlalu banyak warna yang dimainkan supaya majlis tidak carca marba jadi nya..at least...paling kurang...pengantin mesti padankan warna baju pengantin dengan pelamin.. itu sudah cukup memadai dari yang lain...

Kebanyakan yang datang pada wani mahukan design atau patern yang simple..tidak terlalu menonjol(mungkin sebab malu …

6 Bulan 7 Hari

Image
Assalamualaikum....

Dah lama  tak meluahkan isi hati kat sini..Rindu pulak terasa...dah lama tak membebel.. Setelah pulih kejap dari sakit yang agak lama..Recover dari kemurungan sebab terlampau sedih tentang kejadian tangan yang sakit tu..hari ni baru ada mood untuk mengarang sesuatu kat sini..Ok la kot..cukup-cukup la bersedih..tak ada apa yang boleh dikesalkan..Allah sedang menguji.. :)
Actually tadi baru terperasan..nampak Daisypath hari ni....


rupa-rupanya...dah....6 bulan 7 hari kahwin..hehe..pejam celik..pejam celik..dah setengah tahun..isk..dah lama jugak..serius...tak sedar langsung...banyak yang berlaku dalam masa 6 bulan ni...

Ofis Life
Sekarang dah dapat parking kat ofis..dah boleh drive hari-hari..takde la wani semput lagi nak memanjat tangga LRT. Plus....lepas ni akan pindah ke rumah yang lebih selesa area Rawang. Kata orang drive sendiri lagi penat..tapi bukan wani la..sebab wani suka driving..jadi..mende ni tak da masalah.. So..semua ni future plan...Then..dapat bonus.…

Pakej Fotografi Pertunangan

Image
Assalamualaikum..

Hai dear2.....
Gurls..hari ni wani nak share tentang pakej fotografi di hari pertunangan. Mungkin ada blogger kat sini yang perlukan pakej ni..Pada Bride to Be yang akan bertunang tak lama lagi...wani cadangkan korang ambik promosi ni. 

Actually, yang buat pakej ni hubby wani. Dia dalam usaha untuk mengembangkan sayapnya dalam bidang fotografi. Sebab before ni banyak shoot event sukan je.. So sape2 yang berminat boleh contact My hubby macam details kat bawah keh...
Facebook : www.facebook.com/adibistari Email : bistari85@gmail.com



Jenis-Jenis Fabrik untuk Persandingan @ Pernikahan

Image
Setiap wanita mempunyai impian untuk bersanding di atas pelamin dengan memakai baju pengantin yang cantik bak seorang puteri raja. Pasti anda tercari-cari fabrik yang sesuai untuk majlis akad nikah yang bakal berlangsung dan tentunya semua orang ada impian memakai baju akad nikah yang cantik dan vouge sebagai kenangankan? Ini kerana kenangan menjadi ratu sehari akan dikenang seumur hidup. Sudah menjadi satu kemestian kepada bakal pengantin untuk mengenakan pakaian atau busana pengantin agar lebih menyerlah di hari bahagia nanti, kerana ketika itu pasti anda akan menjadi tumpuan dan perhatian.

Sebenarnya bukan semua fabrik sesuai dengan tubuh seseorang jadi anda perlu berhati-hatilah dalam memilih jenis kain. Pilihan fabrik memainkan peranan penting kerana walaupun di dalam potongan sederhana, persalinan tetap akan kelihatan mempesonakan. Kain atau fabrik yang sesuai untuk majlis akad nikah ialah fabrik sifon(chiffon). Sifon juga antara jenis fabrik yang paling digemari masa kini mung…

Peplum Dress

Image
Assalamualaikum..

Hari ni nak bercerita tentang Peplum Dress. Tahu tak Peplum Dress tu macamana? 
Sebelum wani nikah, roomate wani mintak wani jahitkan Peplum Dress ni untuk dia. Tapi wani tak dapat nak buat la kan..sebab mase tu busy nak kawin. Mungkin ada yang dah tau..dan mungkin jugak yang dah tau..pasal Peplum Dress ni. 
http://dzethiniefashion.blogspot.com/
Ini lah Peplum Dress. Kalau nak tau ape ciri-ciri dress ni...di baju tu mesti ada 2 pieces yang memisahkan antara yang kembang tu dan yang badan. Kalau di gambar atas ni, dekat ribbon putih tu. Cantik. Nice. "Simple but elegant". Sape-sape yang berminat leh beli kat sini kalau tak nak tempah. Tapi kalau saiz wani tak dapek la nak beli...badan seco-et ni kene tempah..dalam erti kata lain...wat sendiri jek laahh..mesin jahit ada kek umah...jahit jek lerrrr...
Wani nampak..fesyen baju ni akan jadi kegilaan sepanjang tahun 2013 ni. Trend sekarang ni, orang lagi suka yang simple nice. Sesuai nak ke ofis ataupun ke dinner.…

Syukur Alhamdulillah..

Image
Assalamualaikum..

Sepi tak bermakna hilang..tak de post bukan tak bermakna blog ni tak ditinggalkan...hehe..saje je menceriakan petang ni..

Sekian lama..wani tak dapat nak post kat blog ni bukan ape...sebab tangan kanan kembali bengkak membenjol lepas majlis hari tu...


Tangan wani bengkak ni akibat dari tahun lepas sebab panjat Bukit Broga tahun 2011. Dah lama..tapi tangan wani tak pernah betul-betul baik. Kalau baik pun..sekejap je..then akan sakit balik. X paham jugak ape masalahnye. Dah urut dan betulkan banyak kali masih tak baik baik.. Ni baru je lepas urut ngan makcik tukang urut belakang rumah. Menangis jugak la..semalam degil jgk nak iron baju Encik B. Tapi Encik B tak bagi..dah sedih lagi... If x ok jugak sehari dua ni..weekend ni mungkin nak balik kampung mintak Tok Wan pulak yang tengokkan semula. Doakan wani cepat sembuh ye...

Dua minggu sebelum nikah haritu pun, wani dah bengkak balik..wani merayu2 ngn makcik belakang rumah tu urutkan sampai lega sebab masa tu pun baju sa…