Peplum Dress

Assalamualaikum..

Hari ni nak bercerita tentang Peplum Dress. Tahu tak Peplum Dress tu macamana? 

Sebelum wani nikah, roomate wani mintak wani jahitkan Peplum Dress ni untuk dia. Tapi wani tak dapat nak buat la kan..sebab mase tu busy nak kawin. Mungkin ada yang dah tau..dan mungkin jugak yang dah tau..pasal Peplum Dress ni. 


Ini lah Peplum Dress. Kalau nak tau ape ciri-ciri dress ni...di baju tu mesti ada 2 pieces yang memisahkan antara yang kembang tu dan yang badan. Kalau di gambar atas ni, dekat ribbon putih tu. Cantik. Nice. "Simple but elegant". Sape-sape yang berminat leh beli kat sini kalau tak nak tempah. Tapi kalau saiz wani tak dapek la nak beli...badan seco-et ni kene tempah..dalam erti kata lain...wat sendiri jek laahh..mesin jahit ada kek umah...jahit jek lerrrr...

Wani nampak..fesyen baju ni akan jadi kegilaan sepanjang tahun 2013 ni. Trend sekarang ni, orang lagi suka yang simple nice. Sesuai nak ke ofis ataupun ke dinner. Kenduri ape tah lagi.

Last month, wani dapat call tempahan untuk baju Peplum ni. Tapi masa tu kat Labuan lagi..Tak dapek la jugak..haih..sedih betul..Maaf ye sayang-sayang...

Ape yang wani nak ceritakan tentang baju ni, baju ni ada 2 pantang larang sebelum dijahit.

1. Jenis fabric kalau boleh jenis yang jatuh..macam satin, lycra, chiffon. (Cotton yang buat baju kurung tu kurang sesuai. sebabnye..alunan jatuhnya kain tu kurang menjadi)
2. Tak boleh di buat 2 lapis..I means lining la (kalau lining tu kurang kemas la jadinya kalau x mahir)
3. Elakkan fabrik bercorak utk nampak elegant

Hurm..jadinye..sape yang suka..leh la dapatkan cepat ye dress ni..

Daaa..

Salam..




Comments

  1. Hai..Jemput view n follow di http://rinoalytionista.blogspot.com/ Boleh tgk koleksi Peplum Blouse 2 Layer pd harga serendah RM49!TQ

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Fabrik untuk Persandingan @ Pernikahan Versi 2

Serious Preps Starts!

Memilih Patern Yang Sesuai Untuk Majlis Nikah / Sanding