Photographer Selection Done !

Assalamualaikum..

Hai gurls~~!

Sory..lama x dpt berita kan?
Tapi..walaupun x update..wani dah setelkan satu benda.Wani dah pilih photographer utk wedding kitorang. Dalam kesibukan keja di ofis...kene la jugak selit selit kan masa untuk buat preparation anda. Kalaua tidak..havoc la nanti di hari penting..

Untuk itu..wani nak bagi sedikit tips untuk memilih photographer. Bukan ape..pemilihan photographer ni sangatlah penting sebab..photographer yang tahu ape yang customer mahukan adalah yang terbaik dan memberikan hasil yang terbaik semasa majlis kita nanti. Pengalaman semasa majlis pertunangan dulu membuatkan wani rasa serik kerana hasil photographer masa tu sgt tak memuaskan..tak banyak gambar - gambar menarik yang boleh dipamerkan. Tapi wani tak salahkan photographer jugak..sebab wani decided untuk ambil photographer tersebut di saat akhir. Seminggu sebelum tunang okay!! Ape pun..u olss kene la jugak ambil masa untuk menilai hasil kerja photographer untuk dapat impak yang bagus untuk wedding anda jugek..

Ni lah tips nyer..

1. Cari lah photographer berpengalaman 


Pilih jurugambar yang dah ader bertahun2 pengalaman mengambil gambar. Mereka nie mungkin senang dibawa berbincang kerana sudah biasa mengambil gambar dalam majlis2 perkahwinan. kalau nak tau cameraman nie berpengalaman ke tak, kita kena la tengok hasil karya diorang. Biasanya..hasil karya diorang sangat lah cantik..menarik..gambar terang..angle bagus..tak senget..dan tahu merakam saat penting yang perlu kita simpan untuk dibuat kenangan.


2.  Cari lah photographer yang profesional


Seboleh-bolehnya kalu nak gambar yang elok, kita cari la cameraman yang professional di dalam bidangnya, dan bukan yang amatur. Bukan nak kata amatur tak reti tangkap gambar, cuma takut nanti kita tak puas ati plak dengan end resultnya. Satu lagi maksud professional nie ialah  mereka yg dah ada pentauliahan atau ‘credential’ untuk buat keje amik gambar nie, samada secara fulltime ataupun partime. Yang pastinya, cameraman professional sah2 pandai ambik gambar yang cantik. Dah la bayar mahal2… mesti la nak yang the best, kan? Profesional ni akan menyebabkan cameraman rase akan berikan yang terbaik semasa ambil gambar. Kalau dia buat halai balai..adik bradik kita ramai - ramai ambil gambar pun tak boleh control keadaan semasa wedding..boleh mencacatkan rakaman gambar-gambar anda okey! Photographer harus tahu mengawal keadaan supaya dia dapat merakam semua dan setiap sudut penting semasa wedding...

3.  Review portfolio mereka


Portfolio nie mengandungi banyak hasil2 karya dan gambar2 majlis kawin yang telah diorang tangkap :-) Dari pemerhatian gambar2 tu, kita bleh lihat kualiti si jurugambar nie. Bagus ke tidak. Dalam dunia Internet skang nie, dah ramai wedding cameraman yang postkan gambar-gambar yang telah mereka amik di majlis2 kawin di dalam blog mereka. So, lagi senang kalu you all nak pilih yang mana satu berkenan di hati, kan? Kebanyakannya photographer skrg ni dah ada website..blog..facebook page dan sebagainya untuk memudahkan kita review portfolio mereka. So..senang la kita nak buat pilihan kan..xyah susah-susah nak pegi pameran perkahwinan and what so ever laa..sbb kebanyakan photographer di pameran pengantin tu adalah yang baru mula menapak dalan dunia photography. Kadang-kadang susah juga menilai hasil kerja mereka kerana kita dikaburi dengan pakej2 yang kononnye murah..bukan lah semuanya tak bagus..ada..wani pernah menempah dengan satu pakej photography ni pameran pengantin..tetapi..oleh kerana hasil kerja mereka sangat bagus..pakej yang ditawarkan murah dan berbaloi..kebanyakan tarikh yang kita mahukan tak available..walhal kita dah menempah pakej dan cuma tidak confirm tarikh sahaja...Mereka akan berikan priority kepada yang deposit penuh dan confirm tarikh sahaja. Tapi perlu juga mereka fikirkan bagaimana nasib pelanggan yang telah menempah pakej?? Mereka harus fikirkan juga..kecewa lah kalau pelanggan tak dapat apa yang mereka mahukan..macam wani..huhu..tapi..alhamdulillah la..diorg sudah pulangkan duit deposit..selesai la masalah..hehe..

4. Photographer kena pandai berinteraksi


Cameraman jenis nie pandai beri arahan semasa sesi ambik gambar. Dia akan bagi direction pada pengantin camna nak posing…Yelah, pengantin pun bukanlah model kan, tak reti nak posing2 maut…:-) Lebih2 lagi la pada hari yang penuh debaran tue, lagi la mereka cuak… Satu lagi, sudah pastinya cameraman jenis nie jugak pandai bergaul dengan orang ramai, tak kira la orang kampung ke orang bandar. Ini sudah gerenti akan memudahkan lagi urusan mengambil gambar kawin di sesebuah majlis perkahwinan itu…


5. Photographer harus ler cari yang kuat sabar 

Kengkadang tu, macam2 bende boleh terjadi di sesebuah majlis perkahwinan. Mungkin pengantin lelaki yang ditunggu2 lambat muncul. Mungkin gak pengantin pompuan ada 4/5 persalinan yang nak dipakai, dan semuanya akan memakan masa yang lama. Kalau dapat cameraman yang tak tahan sabar, mungkin gak dia akan cabut lari sebelum sempat ‘menangkap’ detik bersejarah anda. So, cari la orang yang buleh sabar dengan karenah korang, yer…Kita leh nilai jugak semasa ambil gambar kawan - kawan ataupun sedara mara..dari situ bole la tgk diorg punya manners..



6. Harga berpatutan dan berbaloi


Harga yang mahal pun sebenarnya tak jamin korang akan dapat fotografer yg hebat. Sebab skang nie, ramai fotografer yang berkaliber (khususnya di dalam Internet) menawarkan harga yang murah untuk pakej fotografi mereka. Yang pentingnya, tengok pada hasil karya mereka dan sesuaikan dengan bajet you all, ok. Ade je yang murah tapi hasil nye...perhhh~~~




Last week..wani ngan encik B dah confirmkan photographer dua2 pihak..sblah pengantin perempuan dan pengantin lelaki. En B sangat lah cerewet bab2 photography ni...so..tepaksa la cari yang terbaik..dan berpatutan...

Untuk sebelah pengantin perempuan, wani yang pilih. Wani suka hasil nya..gambar terang..x suka gambar-gambar kelabu..then dia pandai create dan candid gamabr pengantin secara spontan dan aksi aksi tak lah keterlaluan. Wani yang berjumpa seorang diri sahaja ngan brader ni.sporting. tapi..dia sangat profesional. ada rules dan cara yang perlu kita ikuti. Photographer ni adalah suggestion daripada kawan wani dan encik B.
Sape-sape yang dibahagian utara nak photographer ni..boleh la contact dia.Amir Alias..

ni lah beberapa gambar yang brader Amir ni ambik..cantik kan?







ni la blog hasil Amir Alias VenturesCreative


Untuk sebelah encik B..wani ngan encik B baju je confirmkan minggu lepas. Kami berjumpa di Tasik Permaisuri untuk bincangkan quotation dan idea-idea yang mungkin menarik dicadangkan oleh pihak kami sendiri sebagai pengantin. Pada mulanya..diskusi agak hambar kerana idea - idea tu lum kluar lagi. Lepas makan baru kamis diskusi dengan mendalam. Pada mulanya setelah dia tahu environment kawasan karak tu kurang kawasan yang menarik..kami bercadang untuk ambil gambar di Bukit Tinggi. Tapi kos nya agak tinggi..memandangkan setiap photography di Bukit Tinggi harus lah di bayar sewa. jadi kami memberikan tema kereta seperti yang dirancangkan. Tetiba je..idea bercambah-cambah..dan ade yang akan bekerjasama untuk menjayakan sesi Outdoor tersebut..sayanglah..mulanya kami tak nak outdoor session.tapi sebab free..ambik je ler kann..cuma kena sediakan sedikit props untuk menjadikan environment tu cantik..kami tak perlu cari tempat menarik..tapi jadikan tempat untuk ambil gambar tu je menarik.... untuk sblah KL, Selangor, n9, Karak..ni la photographer kami..Saffandi Photo..





so..kengkawan..cari lah photographer yang terbaik ok.. ;)

sekian sahaja entri kali ni..
daaaaa

Comments

  1. betul la . tp biasenya amek OP same, dapat murah kan sebab sekali package ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..kalo ambik 2 pihak biasanya lg murah..tapi susah nak dpt..sedey kene cancel yg 1st tu..mmg berbaloi..hurm..

      Delete
  2. suka gambar yg kekalkan natural kaler.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..btul..natural color slalu lebih menyerlahkan..

      Delete
  3. mmg kne survey btul2 mase nk pilih OP. biar berbaloi dgn ape yg kite bayar kan?

    * ana tgu reply cik wani kat emel...tp xd pun =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul ana..kene pilih yg btul2 puas hati..jgn salah pilih k..

      emel ana wani da bls..nt wani check blik..mgkin x smpai..sbb wani pun tggu reply ana..huhu...

      Delete
  4. waa..mesti dah lega sbb dah setel salah satu perkara penting kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..da book da dua2 photographer ni..lega sgt..cuma x sbr tggu date je.. ;)

      Delete
  5. Kelasss kau maria... Gmbr yang terang tu rasanya bleh enhance color dia kalau photographer tu rajin edit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..msalah x rajin tu la kak lyd..tmbh2 x reti...jeng..jeng..jeng...hihihihi

      Delete
  6. salam,

    Promosi rebat RM300, promosi tamat 15/11/13
    https://www.facebook.com/pages/AzamHashim-Photography/223067269074
    http://blog.azamhashim.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Fabrik untuk Persandingan @ Pernikahan Versi 2

Jenis-Jenis Fabrik untuk Persandingan @ Pernikahan

Rasa Kecewa Tu Di Sini...