Time for Myself

Wani baru lepas tidurkan anak-anak..arissa dan amira. Dua org ni memang sedikit meragam bila nak tidur. Tapi wani cuba train diorg tidur serentak di sebelah malam untuk memudahkan wani manage kerja. Btw..untuk pengetahuan pembaca blog wani yang tak seberapa ni..wani tengah merancang untuk mengatur bisnes wani ngan lebih baik.Alhamdulillah rezeki wani..wani dah dapat business partner. Beliau ialah roomate wani masa bujang dulu. Wani panggil dia kak Zu. Kak Zu ni ibarat macam kakak jugak la pada wani. Kak Zu ni jenis yang fikir out of the box. Wani suka sangat bekerjasama ngan dia. Yang part paling best. Dia boleh faham apa kehendak wani dan wani boleh faham apa yang kak Zu nak. Cara berfikir wani dan dia lebih kurang sama. Kitorang sesuai bersama. Ada jugak wani tanya pendapat kenalan rapat untuk buat bisnes secara perkongsian ni. Ada yang bagi feedback negative..ada yang bagi feedback positif. Yang negative tapi membina..wani ambik..yg positif tambah2 lah ianya menjadi ion2 positif..
Bila dah mula bersetuju bahagian perkongsian masing-masing..maka kak Zu ngan wani dah mula lah buat perancangan rapi..banyak sebenarnya yang perlu di buat untuk mulakan perniagaan ni..bukan sikit sikit..haywire jadinya. Insyaallah..pelan pelan lah perniagaan ni dirancang dan beroperasi ngan lebih baik. Nanti produk ape wani buat..wani akan update kat sini ya.bocor rahsia la skit..wani akan keluarkan tudung nanti..hehe..tunggu wani update pasal tudung ni ya...

Wani dah lama berangan rangan nak bukakk butik sebenarnya. Tapi banyak sangat kekangan..masa..modal..pekerja. Tapi kali ni berkat doa tak putus putus..Allah dah mudahkan urusan ni ngan munculnya kak Zu tawarkan diri untuk jadi business partner. Wani sangat bersyukur. Allah Maha Mendengar keluhan kita. Aduan kita...

Diharapnya lepas ni perancangan lebih teratur Insyaallah..doakan wani ya kawan kawan.. ;)


Comments

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Fabrik untuk Persandingan @ Pernikahan Versi 2

Serious Preps Starts!

Memilih Patern Yang Sesuai Untuk Majlis Nikah / Sanding