Dress Cubaan

Salam All..

Entri kali ni sambungan dari entri Dress Cubaan Sudaa Siap .Maaf la lambat buat sambungan entri ni. Tapi kali ni kita tgk actual gambar seperti yang di ceritakan ya..Percaya la ni adalah hasil DIY..Hehe..Tak mustahil juga anda mampu melakukannya.. ;)


Baju ni telah dijahit tanpa jahit tepi untuk elakkan bulu-bulu..eh..bulu plak..benang-benang di hujung kain tu makin terkeluar. Sbb nya nk save cost n malas nk ke kedai jahit tepi. gunakan apa yang ada. Dress ini dalam masa 2 hari dah siap. Sehari melakar pola.. dan sehari lagi untuk jahit je baju ni. Actually x susah sgt pun. cuma kadar besar dan kecil tu yg buat rasa kurang confident nk potong kain. Tapi, alhamdulillah berjaya. : D


Belahan tersebut adalah bertujuan untuk menyambung kain lace yang bakal di jahit nanti. Untuk kain lace yang hanya 2 1/2 meter ngn lebar bidang 60 mungkin cukup..mungkin juga x cukup. Bergantung kpd fesyen dan tinggi bakal pemakai baju tersebut. Ape pun..wani masih mengkaji sama ada ckup atau x kain tersebut. Untuk menghasilkan baju ini..wani byk study dengan buku yang dah wani beritahu dalam entri sebelum ni.. Dress Cubaan Sudaa Siap. Dalam buku tersebut ada diberitahu macamana untuk dapatkan pola baju seperti ni. Walaupun buku fesyen nya nampak lama..tapi..apa yang diajar adalah basic untuk membuat pola baju. Dalam menghasilkan sebuah baju..ape yg paling penting adalah pola nya. Kalau betul kiraan dan lakaran tersebut..maka elok la jadinya baju atau dress tersebut. Tak rugi sebenarnya beli buku ni..walaupun anda-anda sume da kwin..sbb dalam buku ni ada di ajar macamana nk buat baju kebaya! Labuh atau singkat! jenis-jenis kain mcmana uolls nak..smua ada..so..bkn terhad pada B2B saja k~ Tapi utk B2B yang nak berjimat x salah untuk cuba. ;)


Jom tgk baju ni lepas dipakai..

So..ini lah rupanya baju tersebut setelah dipakai. Labuh dress ni adalah termasuk dengan kasut heels 2 1/2 inci. Apa - apa pun..komen-komen anda amat diperlukan untuk membaik pulih baju ini. Nak tempah?? call ai~ cewah..

Enjoy commenting here~!  : D

Comments

  1. jahit baju sendiri?pandainyer...:)
    as belajar menjahit pun separuh jalan..huhu

    ReplyDelete
  2. asfiza : wani pun tak pandai sgt.tapi blaja melalui buku jer..ni nk buat dress pengantin sendiri.jom la buat same2.. (^__^)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Fabrik untuk Persandingan @ Pernikahan Versi 2

Serious Preps Starts!

Memilih Patern Yang Sesuai Untuk Majlis Nikah / Sanding