Posts

6 Bulan 7 Hari

Image
Assalamualaikum.... Dah lama  tak meluahkan isi hati kat sini..Rindu pulak terasa...dah lama tak membebel.. Setelah pulih kejap dari sakit yang agak lama..Recover dari kemurungan sebab terlampau sedih tentang kejadian tangan yang sakit tu..hari ni baru ada mood untuk mengarang sesuatu kat sini..Ok la kot..cukup-cukup la bersedih..tak ada apa yang boleh dikesalkan..Allah sedang menguji.. :) Actually tadi baru terperasan..nampak Daisypath hari ni.... rupa-rupanya...dah....6 bulan 7 hari kahwin..hehe..pejam celik..pejam celik..dah setengah tahun..isk..dah lama jugak..serius...tak sedar langsung...banyak yang berlaku dalam masa 6 bulan ni... Ofis Life Sekarang dah dapat parking kat ofis..dah boleh drive hari-hari..takde la wani semput lagi nak memanjat tangga LRT. Plus....lepas ni akan pindah ke rumah yang lebih selesa area Rawang. Kata orang drive sendiri lagi penat..tapi bukan wani la..sebab wani suka driving..jadi..mende ni tak da masalah.. So..semua ni future...

Pakej Fotografi Pertunangan

Image
Assalamualaikum.. Hai dear2..... Gurls..hari ni wani nak share tentang pakej fotografi di hari pertunangan. Mungkin ada blogger kat sini yang perlukan pakej ni..Pada Bride to Be yang akan bertunang tak lama lagi...wani cadangkan korang ambik promosi ni.  Pakej Pertunangan Actually, yang buat pakej ni hubby wani. Dia dalam usaha untuk mengembangkan sayapnya dalam bidang fotografi. Sebab before ni banyak shoot event sukan je.. So sape2 yang berminat boleh contact My hubby macam details kat bawah keh... Facebook : www.facebook.com/adibistari Email : bistari85@gmail.com

Jenis-Jenis Fabrik untuk Persandingan @ Pernikahan

Image
Setiap wanita mempunyai impian untuk bersanding di atas pelamin dengan memakai baju pengantin yang cantik bak seorang puteri raja. Pasti anda tercari-cari fabrik yang sesuai untuk majlis akad nikah yang bakal berlangsung dan tentunya semua orang ada impian memakai baju akad nikah yang cantik dan vouge sebagai kenangankan? Ini kerana kenangan menjadi ratu sehari akan dikenang seumur hidup. Sudah menjadi satu kemestian kepada bakal pengantin untuk mengenakan pakaian atau busana pengantin agar lebih menyerlah di hari bahagia nanti, kerana ketika itu pasti anda akan menjadi tumpuan dan perhatian. Sebenarnya bukan semua fabrik sesuai dengan tubuh seseorang jadi anda perlu berhati-hatilah dalam memilih jenis kain. Pilihan fabrik memainkan peranan penting kerana walaupun di dalam potongan sederhana, persalinan tetap akan kelihatan mempesonakan. Kain atau fabrik yang sesuai untuk majlis akad nikah ialah fabrik sifon(chiffon). Sifon juga antara jenis fabrik yang paling digemari masa kini mun...

Peplum Dress

Image
Assalamualaikum.. Hari ni nak bercerita tentang Peplum Dress . Tahu tak Peplum Dress tu macamana?  Sebelum wani nikah, roomate wani mintak wani jahitkan Peplum Dress ni untuk dia. Tapi wani tak dapat nak buat la kan..sebab mase tu busy nak kawin. Mungkin ada yang dah tau..dan mungkin jugak yang dah tau..pasal Peplum Dress ni.  http://dzethiniefashion.blogspot.com/ Ini lah Peplum Dress. Kalau nak tau ape ciri-ciri dress ni...di baju tu mesti ada 2 pieces yang memisahkan antara yang kembang tu dan yang badan. Kalau di gambar atas ni, dekat ribbon putih tu. Cantik. Nice. "Simple but elegant". Sape-sape yang berminat leh beli kat sini kalau tak nak tempah. Tapi kalau saiz wani tak dapek la nak beli...badan seco-et ni kene tempah..dalam erti kata lain...wat sendiri jek laahh..mesin jahit ada kek umah...jahit jek lerrrr... Wani nampak..fesyen baju ni akan jadi kegilaan sepanjang tahun 2013 ni. Trend sekarang ni, orang lagi suka yang simple nice. Sesuai nak ke ofi...

Syukur Alhamdulillah..

Image
Assalamualaikum.. Sepi tak bermakna hilang..tak de post bukan tak bermakna blog ni tak ditinggalkan...hehe..saje je menceriakan petang ni.. Sekian lama..wani tak dapat nak post kat blog ni bukan ape...sebab tangan kanan kembali bengkak membenjol lepas majlis hari tu... Tangan wani bengkak ni akibat dari tahun lepas sebab panjat Bukit Broga tahun 2011. Dah lama..tapi tangan wani tak pernah betul-betul baik. Kalau baik pun..sekejap je..then akan sakit balik. X paham jugak ape masalahnye. Dah urut dan betulkan banyak kali masih tak baik baik.. Ni baru je lepas urut ngan makcik tukang urut belakang rumah. Menangis jugak la..semalam degil jgk nak iron baju Encik B. Tapi Encik B tak bagi..dah sedih lagi... If x ok jugak sehari dua ni..weekend ni mungkin nak balik kampung mintak Tok Wan pulak yang tengokkan semula. Doakan wani cepat sembuh ye... Dua minggu sebelum nikah haritu pun, wani dah bengkak balik..wani merayu2 ngn makcik belakang rumah tu urutkan sampai lega sebab masa tu p...

Alhamdulillah...wani sudah bergelar isteri...

Image
Assalamualaikum... Dear all... Maaf lah kerana wani senyap begitu sahaja dari blog sebelum majlis berlangsung...tersangat lah banyak wani kena uruskan. Actually...menguruskan wedding 'jarak jauh' (family kat kedah...wani kat KL) ni sangat lah mencabar..di tambah pula dengan kesibukan di pejabat sampaikan nak update blog ni pun x sempat...Ya Allah..kesibukan 2 bulan sebelum majlis wani ni..sangat lah menguji kesabaran wani...Tension ni tak payah nak cakap lah... Tambahan pula...kerja-kerja di pejabat juga bertambah.. sibuk juga.tensed utk jahit baju-baju pengantin. Tersangat lah banyak hal yang perlu diuruskan diperbetulkan.. sampaikan wani turun berat hampir 5 kg seminggu sebelum hari bersejarah. Tambahan pula..baju-baju wedding wani jahit sendiri..Kesemuanya..satu pun wani tak sewa. Wani akan kongsikan satu persatu pengalaman pada hari-hari tersebut. Tanggal 9 November 2012, lebih kurang jam 5.30 petang..wani dan Encik B dinikahkan dimasjid Titi Teduri, Baling Ke...

Updated Preview Baju Nikah Encik B + Reception Outfit

Image
Assalamualaikum... Wani tau..ramai yang ternanti-nanti rupa sebenar nikah outfit kitorang...hari tu..wani dah tunjuk preview nikah outfit wani kan... Hari ni nak tunjuk plak Encik B punye baju Melayu...alhamdulillah..ia kelihatan seperti baju melayu jugak akhirnye...hehe.. Baju Encik B belum lagi letak butang..smlm baru fitting untuk seluar dia..Alhamdulillah..smuanya fit kat badan Encik B. Lega sangat..bkn ape..banyak kali dah buat seluar Encik B asek singkat..pastu ketat...hihihihih..kesian Encik B..tapi kali ni ok sgt..die pun muke hepi jek..asal kalau tunjuk tande bagus tu..mmg suke la sgt die tuh.. :P  Ni pulak kain yang wani buat untuk jahit baju Encik B. Fesyen ape? Wani buatkan baju ni bagi Encik B... Sebab wani pilih fesyen ni utk Encik B sebab bahu Encik B nampak jatuh..die perlukan span tebal di bahagian bahu untuk nampak tegap n hensem..hohohoho(poyo kejap!) xde lah..wani rase fesyen ni sesuai utk menutup ke' tidakperfect 'kan yang ada.....